Assalamualaikum. Selamat malam korang! Nak tau tak? Kite rindu sangat kat budak nie, kite banyak sakitkan hati die. Kite takot kite ta sempat mintak maaf dengan die.
Ya Allah, jika telah engkau catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan berikanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu sentiasa terjalin. Ya Allah, Ya Tuhan-ku yang Maha Mengasihi, tabahkanlah hati kami dalam menghadapi dugaan dan cabaranmu dalam hubungan ini.
Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, pupuskanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta Ya Allah Ya Tuhan-ku yang Maha Mengerti, berikan aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya.
Ya Allah , gantikanlah yang hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya. Ya Allah Ya Tuhan-ku, pasrahkan aku dengan takdir-MU. Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana engkau Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini. Aku redha Ya Allah.
Ya Allah, cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini. Jangan engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah engkau juruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang engkau redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah.
Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..
Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.
Cinta Sejati hanya milik Allah.
No comments:
Post a Comment